rupanya dia dah bukak utk solat terawih start ramadhan
outside belum siap sepenuhnya lagi..pokok2 landskap belum buat lagi. kiblat walk pun belum siap
nak tau hebat sgt ke sampai rm200 juta
masuk2 tgh pekerja tgh mop lantai..konfius kena bukak kasut ke tak sebab takde sign pun
tapi semua pekerja kaki ayam.. hhmmm
kat tkt bawah ada lot2 kedai.. luas kalah kedai kat alamanda.. view dia pun mengadap rumput hijau..
neat sangat. ada escalator utk ke dewan solat
Jejak kaki rasa cam dejavu sgt.. masjid ni sebijik cam masjid putra terutamanya tang pintu gerbang empat segi, masuk2 ada mcm courtyard dgn kolam air. lepas tu rumput hijau keliling kolam
tapi yg paling aku rasa impressive sekali dia punya infinity pool.
Huiyyyoo rasa cam air kolam melimpah turun ke dlm tasik putrajaya.. dgn backdrop jambatan gemilang
masuk2 kat belah kiri masjid mmg view dia cantik amat...
mmg impressed la dgn pool dia.. takde tembok langsung belah kiri tu.. cuma kolam air je barrier dia..
open air habis  LOL
tapi satu la. tempat solat laki & wanita dia takde penghadang langsung.. kira takde privacy la kat sini
masjid ni pun bukan 100% siap lagi so ada la penambahan sana sini nanti...
ada cam skrin kaca kat bahagian depan dgn ayat quran yg nampak cam floating je. ni pun unik gak.
siling dia pun marvellous gak...
org pon tak ramai mcm siang hari..berkerumun mcm semut
ada artis2 nyanyi kat pentas.. jalan2 sekitar persisiran tasik dekat monumen tu, singgah tengok org jual2. beli jugak pokok sepasu.. pokok halau nyamuk rm10
bunga raya yg aku nampak hari tu pun dah habis.. padan la muka kan awal2 org dah rembat pokok2 yg best.
nak berdiri pun susah asyik kena langgar dek orang je
yg canitk rasanya hiasan persisiran tasik.. DBKL, perbadanan putrajaya..
apa depa buat dgn pokok ni semua lepas habis nanti yek?
menjelang hari2 akhir byk yg dah layu. agaknya depa buat mcm jualan pokok terpakai kot..
sbb banyak gila orkid yg jadi hiasan kat merata2 tempat..  mau belas2 ringgit jugak sepasu
Depa siap tampal notis merata2 lagi minta kosongkan parking space utk fire engine nak parking
tapi ramai penghuni yg bodoh sombong, tak mau bagi kerjasam alihkan kenderaan.
Dlm pkl 12 depa bunyikan alarm, lepas tu sembur fog. masing2 keluar la dr rumah.
bomba cuba turun dari tkt 8 gunakan tali, sambil bawak basket.
konon2 ada mangsa kebakaran la dlm bakul tu.
pada waktu yg sama ada karnival keselamatan di pusat komuniti. ad ala free medical checkup, pameran serba sikit.
bila tengok ada derma darah aku rasa cam nak join. buku lak tinggal kat rumah.
masuk, tanya kat officer tu dia kata no problem. depa akan bagi pelekat tu boleh tampal kat buku.
isi borang semua. fuhh 4 muka tu..
apesal dulu tak sebanyak ni?  ooh mereka ni dr pusat darah negara rupanya.
patut la thorough berbanding dulu PPUM...
timbang berat semua, move on to the next step. doc tanya ada demam batuk sesema. aku cakap sesema. dia tanya hingus kaler apa.. aku kata hijau.
dia kata tak boleh derma darah sehingga la sesema reda.
aku agak disappointed la... dah la sakit kena cucuk jarum waktu test darah.
aku perati doc tu key-in butir2 peribadi aku dlm laptop dia walaupun aku tak leh derma.
emm.. so maksudnya aku kira registered ke apa?
ramai yg datang.. sambil cuci mata tengok ragam manusia..
laku ke hotel pullman tu... kalau takde event sunyi gila la area ni..
Makan pagi di kedai melayu dekat dgn hotel...roti canai & teh tarik.
Lepas tu lintas jalan & pergi menara taming sari. Dgn Mykad dapat la tiket rm10...
Terus masuk dlm 'platform' dia tu...lerrr sekejap benor naiknya..
dia ascend agak laju la...so mcm tak sempat nak nikmati pemandangan sekeliling..
dlm 15 minit je dah turun. mcm tak berbaloi lak. naik bot pon 45 minit trip dia.
Lepas tu naik bas double decker lak. ronda2 sekitar bandar melaka.. cop seat depan sekali..gila panas
first time ni naik bas double decker.
Turun bas jalan kaki gi Muzium Samudera. ha yg ni aku ingat nama penuh =) selama ni tak pernah singgah, lalu jalan depan dia je.. senang nak cam. replika kapal flor de la mar
Bayar tiket & masuk... ada la pameran mengenai sejarah maritim, penaklukan portugis etc..benda2 sangkut paut dgn maritim la.
Keluar muzium ni masuk lak muzium sebelah dia...ada pameran pasal haiwan2... aku ambik gambar poster2 ala2 PSA kat dlm tu..emm...sayu jugak walaupun cuma kartun. sampai mesejnya.
Seberang jalan gi satu lagi muzium..tentera laut punya lak. Tak de benda yg best sgt pon..cuma nak rasa sejuk je LOL
Lepas tu kami jalan2 sekitar muzium.. tak salah ada 3 jenis muzium under one roof...muzium umno, kecantikan, layang-layang, gasing... bayar tiket & masuk.
Snap2 gak la gambar dlm muzium..
Last sekali masuk dataran pahlawan. aku teringin nak jalan2 satu shopping complex (sbb nampak cam luas area dia) tapi alih2 gi area yg sama mcm yg sebelum ni...emm bosan.
Itu je la percutian singkat 2 hari 1 malam ke bandaraya Melaka. actually aku mmg malas sikit kalau cuti2 area dekat nih... kalau gi Kelantan ke Perlis ke semangat la sikit  LOL
Tarikh: 7 - 8 Mac 2009
Lokasi: Bandaraya Melaka
Habis paper terus ke Melaka...ntah le takde mood nak gi jalan2 kalau destinasi dekat sangat hohoh
Dah le panas rembang...
At first book hotel lain..bila gi survey dari jauh mcm hotel cina  je..suram semacam je.. so kensel la dok situ & terpaksa carik hotel lain..
Dok di hotel dekat dgn Makhota Parade..eh dulu last pergi mana ada Taming Sari ni semua... kira kat tengah2 kesesakan jalan yg sedia sesak tu ada lak tarikan pelancongan kat situ..
Lunch di restoran asam pedas setentang dgn hotel..packed.
Petang panjat bukit (ape ntah nama dia), ambik gambar sikit..hujan turun lak...
Singgah minum teh dekat tepi river cruise..hujan masih belum berhenti
Naik cruise pulak lepas tu...lama tunggu dekat jeti dia...bangku semua basah.
Akhirnya naik jugak...dlm 45 minit je dia pusing sungai.
Tapi cahaya lampu sepanjang jalan memang hebattt...
Mesti banyak bil letrik melaka malam2  LOL
Celah2 pokok, kawasan paya pon dibubuh lampu. Kadang2 ada laa patung haiwan liplap dia sangkut atas pokok...
Terlindung la pandangan dari pemandangan yg hodoh & comot tu...
Tengok ada pameran tanglung..singgah le kejap. free rupanya. ambik gambar sikit.
Singgah Jonker Street kejap...nampak epal yg menguak2 tu teringin lak nak beli.. rm25.
cam nyesal la pulak.. rasanya yg kepala monyet tu lagi comel. ntah lah..
Orang ramai seperti biasa..malam minggu lak tu..masuk satu kedai tu beli la pemegang toothbrush kepala kartun..3 biji rm10
Balik makan malam kat food court newton ke hape nama ntah.. dah tau dahh mesti hazabb punya.
Betul lak tekaan... keciknya portion...dah la tak sedap mana.
Sapa suruh kan.
Lepas mandi ambik gambar pemandangan dari tingkap bilik...lawa jugak view dia..menampakkan kawasan setinggan di tengah kota gitu.
Pek barang & breakfast...lambai2 kat hotel Sparks buat kali terakhir.Yg lain2 ada ambik gambar bangunan tu tapi aku tak. Susah nak keluar dr bas..dok kat belakang sekali lak tu..so ingat dalam hati je la.
Jalan2 di ibukota Jakarta...rupanya banyak bangunan kat sini. Dan banyak jugak shopping complex yg belum kami jejaki... ish ish terkilan sungguh
++ Penunjuk Perasaan ++
Kebetulan tengah ronda2 sekitar Jakarta nampak banyak org berkumpul tepi2 jalan..rupanya ada perarakan...ada parti politik yg anjurkan..ramai laa org pakai uniform berdiri tepi jalan..
Gambaran yg takkan dapat dilihat di Malaysia... dorang membantah israel katanya..
++ Tanah Abang ++
masa yg dibagi 2 jam..pak ali bawak kami ke pintu masuk & suruh tunggu di depan entrace metro tanah abang...kalau tak sure sesat punya sebab dia banyak entrace/exit.
Ada beli kebaya sepasang..kain je la...ada gak beli blaus...eh ape lagi yek...tak ingat dah...
Frust je sbb kat kamera aku takde sekeping pon gambar dlm tanah abang.. nyesal tak beli strap kamera yg panjang, boleh sangkut kat leher je. ni payah la nak pegang2 kamera. Now menyesal la di kemudian hari..
Telekung pon beli jugak..ok la dlm rm15 punya...ni lagi satu...tengok yg mahal tak nak beli, last2 baru meroyan apesal tak beli yg mahal sikit...yg cotton lace semua tu.. huwaaa
balik rumah test pakai tak sedap la. kerawang dia tu kalau bergesel dgn kulit pedih..tak selesa nak bawak semayang..$-)
Beli beg besar, tshirt, henbeg..emm banyak lagi la..Kat tingkat atas ada food court. pak ali kata ada org jual teh tarik. cari2 tapi tak jumpa... cuci2 mata tengok kedai makan depa...
++ Salero Jumbo ++
Restoran ni kira kat tengah2 bandar la..tepi dia ada mcm bangunan opis. banyak warung2 jalanan & semua pon packed dgn office worker..yelah lunch time katakan... yg bertie bagai pon makan warung je..
Masuk2 je dlm kedai semua pakat dok berposing atas pelamin..hebat tak.. siap ada pelamin kat tengah restoran tu..peh mmg tradisional habis.
Pak Ali dah reserved satu bilik utk kami..tengok restoran ni mmg penuh..susah nak dapat meja.. lauk gulai ikan, rendang minang, ayam kampung goreng, gulai telur begedil emmm...ape lagi aku dah tak ingat...tapi masakan padang la. Lepas habis makan kami ke masjid pulak..
++Masjid Istiqlal++
Singgah Zuhur di masjid terbesar di asia tenggara ni. Aku & mak tak solat, so tak dapat la tengok interior masjid ni...pergi toilet je.. aku pelik betul la negara ni. orang datang masjid tak tutup aurat pon. ada yg berseluar pendek (pompuan okey)
Satu lagi yg unik, tandas pompuan dia sederet dgn tandas laki  :oh_god:
akak aku sempat menyaksikan seorang laki tua hampir2 nak bottomless sewaktu sedang melalui kawasan tersebut. kira kalau nak gi booth pompuan kena lalu tempat wuduk & tandas laki...stall dia berderet2 sampai ke hujung... dan depan toilet tu ade je tukang jaga kotak derma
Nak buang air pun rasa cuak je... huh
adeh laa... kejutan budaya betul.
++ ITC Mangga Dua ++
Mcm dah tak ghairah sgt nak pegi sini...mungkin sebab frust sebab masa shopping kat tanah abang pendek sangat... Kononnya sini memang femes dgn henbeg.
Erm... tarap sg wang je kot aku rasa...banyak peniaga cina..so fashion dia pun kecinaan sikit. Aku beli beg stail budak2 kaler pink gambar lembu..itu je yg aku berkenan. Masuk pon tak lama..semua pon dah takde mood nak shopping...dok ingat nak balik kot..
Dari sini kami terus ke airport...sob sob... ambik gambar ramai2 dgn driver & co-driver... salam2 dgn pak ali (yg laki la). ada yg bagi tips kat dia...not sure how much..ye lah penat dia melayan kerenah kami selama 5 hari ni... kami penat dia twice as much ok...
Proses check-in berjalan lancar...sebab ada pak ali yg uruskan hal2 'birokrasi' ni...ingat ade gift shop dlm tu..rupanya takde!  sempat lagi beli kek lapis yg ada sorang mamat ni jual..murah katanya..
Oklah masa untuk berpisah...adehh feeling lak.. lepas lalu kastam semua kami pon gi ke departure hall utk tunggu kapal terbang...
Ada delay kononnya..lama la sikit tunggu. Dengan penat, lemau, feeling bercampur-baur.
Separuh yg kat situ org Malaysia..mcm2 pesen yg depa bawak balik  LOL
Dapat seat yg 2 tu..dok tepi tingkap..takde maknenya sbb gelap,bukan boleh nampak luar pon. Kapal terbang melambung-lambung...ugghh dah start loya dah...gila la makanan jadi lambat served sbb banyak poket udara (itu ke nama dia). risau la kot2 terhempas ke ape ke...
Sampai KLIA semuanya dispersed terus..termasuk la tour leadernya sekali..sungguh kurang budi bahasa la...patut greet la kami semua ni sebelum blah je cam tu...salam2 dgn mak cik ani & family..depa nak teksi epot. kami naik ERL balik rumah...
Terpaksa buat separate entry untuk gambo di Taman Safari sebab melimpah ruah :P
Taman Safari Indonesia ni terletak di Bogor. On the way turun dari Puncak kami singgah le kat sini.
Sampai sini dlm tengahari rembang..rasa malas lak nak gerak. Lepas bayar tiket masuk kami park dulu, pakat gi tandas & freshen up serba sedikit. Emm..harga tiket dia dlm Rp70k...stendet la harga tiket zoo kan...
Yg bestnya pasal zoo ni kita tak payah keluar tenaga utk jalan. Kita boleh pusing2 satu zoo in the comfort of your own vehicle. so tak perlu laa naik tram ke, kenderaan khas ke. Sambil menyandar dlm ekon boleh tengok segala jenis haiwan LOL
Haiwan first yg greet kami kuda belang, lepas tu gajah. Tepi jalan nampak rusa sua2 muka mintak makanan. kuda belang pon pandai gak..
Nampak tapir tengah rehat2..yelah tengah panas rembang.
Badak air pon ade..ni lagi bes sbb kita practically boleh hulur tangan & tepuk badan dia (hehe kalau teringin nak pegang dia la)
Tapi badak air ni antara haiwan terganas di afrika kan...  :-O
Unta yg tengah shedding bulu pon ade... ada seladang, beruang madu, kancil, llama (or alpaca), gnu pon ade..
Sampai part beruang madu tu kamera aku habis bateri..cisss padan muka diri sendiri..
Malam semalam tgk ada 2-3 bar lagi...so dlm hati ingat nak test laa berapa lama boleh tahan..
tup2 dlm pkl 3 petang bateri habis... so gambar2 lepas tu guna kamera nikon ayah
Nampak black panther..or harimau bintang kot nama melayu dia...kaler full hitam. comel..
Sampai part yg paling bahaya..kami memasuki kurungan singa. this time ada renjer yg dok mengawal..mana tau tiba2 depa menerkam kami ke.. sila la tengok signboard ganas yg ditampal
Ada sekor jantan tgh baring tepi jalan, yg betina tgh hidu2 jip tu..
Jalan depan lagi nampak cheetah tgh duduk atas pangkin..sebab tengahari so kucing2 tak cergas la
masing2 mengelak kepanasan tengahari
Antara haiwan lain ada kambing gurun, beruang coklat. ada kawasan khas utk harimau yg cedera/kalah berlawan..sayu je muka depa hehehe
Masuk kawasan orang utan. Pak Ali kata depa pandai hisap rokok. So depa amik sebatang,nyalakan & lempar kat orang utan tu..selamba dia ambik isap..
Aku tak mahu saksikan kekejaman haiwan ni...huhuhu...udahlah dia tgh mengendong anak...dihembusnya asap ke muka anak dia kang... saje2 dapat kanser  :cry:
Beruk pon banyak jugak...
Fuhh lega habis jugak ronda satu taman. Lepas tu masuk Baby Zoo pulak. ni kira mcm zoo la..ada sangkar burung yg open tu..kita boleh pegang burung2 tu. depa boleh terbang sesuka hati...
Pehh memang cantik sgt dlm tu..mcm masuk gua..lepas tu naik jambatan gantung. lepas tu ada mcm mini forest yg amat realistik sekali  8-)
Ingat ade burung2 je, rupanya tak. Nampak Red panda iaitu sejenis spesis panda yg dok di China sahaja. kira mcm endangered la jugak..penah tgk kat animal planet. ni kira mcm rare opportunity laa nak tengok haiwan yg gebu ni... gambar cuma sekeping, itupun dia tak face camera.. hohhh
Nampak 2 ekor singa putih tgh bermesra...open air cam tu je!cuma ada tasik yg halang dia dr lompat ke arah visitor. Tibalah highlight of the day...
Nampak byk haiwan utk photo shoot. Beli token lepas tu boleh pilih nak ambik gambar dgn haiwan apa.
Ada baby singa, harimau kumbang, ular sawa, emm apa lagi ye
So aku & kak dgn beraninya pilih leopard..sebab takde org yg menunggu. anak singa tu dah nak tutup kedai dah.. plus leopard ni dewasa la... hhehehe
Kak yg ambik dulu...aku dok tepi sambil layan perasaan nervous.. tapi aku takmo tunjuk takut haiwan ni detect lak perasaan aku...ala2 mcm ikan jerung yg boleh sense ketakutan la...
Yg aku cuak aku dah la tgh period, buatnya dia tgh lapor ke tak ke diterkamnya aku...
Sesaje mutilated ok :-O
Time aku lak... aku cuba utk tak sneak up behind dia..takut2 dia startled & melompat sana sini.
Yg jelesnya kak amik gambar trainer tu letak paw dia kat peha..time aku tak letak pulak... :-(
Tak berani nak pegang lebih2 so aku letak across the shoulder je..
Huhuhhhhh sejuk sekejap aku rasa...dia menderam agak kuat la...
trainer dia ada lepuk kepala dia soh pandang ke direction kamera... sayu lak aku..kita tak tau kan mcm mana dia kena trained utk ambik gambar semua ni..mesti ada pukul2... cukup ke tak makan dia mana kita tau kan...  :hopeless: takpe la awak takde dosa...
Sepatutnya dapat copy gambar kita tu, tapi jurukamera dia dah hilang ntah ke mana. so ambik guna kamera sendiri je la... rugi je kan
Seronok laa baby zoo tu, walaupun free tapi boleh pegang2 lagi. Lepas tu aktiviti melepak sambil menunggu anggota2 yg lain yg merayap ntah ke mana...pelawat penuh petang tu..sempat pergi souvenir shop dia & aku beli tote bag harga dlm rm30... kira mahal la tu tapi sebab fikir ada logo tulis taman safari kat depan tu aku pon pasrah je la..huhu
Tinggalkan taman safari & kami teruskan perjalanan ke Jakarta...back to Hotel Spark katanya...
Hari ni nak balik Jakarta semula... bye bandar Bandung..kalau ada duit kami datang lagi.
Instead guna hiway, kami guna jalan biasa. Jalan dia berbukit-bukau, naik bukit turun bukit, selekoh tajam kiri kanan. Jalannya narrow je..tapi pengalaman yg special sgt..
Sepanjang jalan boleh nampak gunung-ganang, ada kuari, ada sawah padi. Yg bagusnya di sini takde tanah terbiar..mesti depa usahakan tanam sesuatu..kawasan sempit pon ade tanam padi...memang rajin kerja orang indon ni..
Bila dekat area2 kuari ada byk kedai jual barangan tembikar, bahagian ni ada jual patung2. ada banyak cili gergasi. fungsi dia mcm beduk la, utk keluarkan bunyi..
Tenang perasaan tengok kawasan kampung, jalan dia kecik, tapi rasa dekatt sangat di hati..tatau nape...
Singgah di satu kedai bernama Sumber Wangi untuk beli makanan ringan. Sekarang dah di kawasan Cianjur. Ci tu maksudnya air kata Pak Ali. Banyak laa kawasan nama start dari Ci-
Antaranya Cipanas, Cibubur, Cimahi, Cikunir, Cikampek... huhhh banyak la..
Mcm2 jenis kerepek dijual, dari yg biasa nampak sampai yg pelik2 cam kerepek paru. Beli kerepek malinja, nangka, gajus, ape lagi yek... tapi yg tensennya pekerja dia asyik mengekor je...nak pilih pon payah
Di Cipanas kami singgah lunch di restoran Simpang Raya, masakan Minang. Perut pon dah separuh kenyang dok mengunyah kerepek yg baru beli tadi  :-D
Menu macam biasa, ada begedil, rendang, gulai telur, ikan bilis bersalut tepung, terung & sambal hijau...
Perjalanan diteruskan...tapi terhenti seketika.
Rupa-rupanya driver tersalah masuk jalan. Jalan yg khas utk kenderaan 4 tayar. Kenderaan berat tak leh masuk...
Ngam2 je ada polis kat depan..hmm kami dah cuak... Driver & Pak Ali gi belakang bas utk jumpa polis tu... depa pegi seberang jalan, masuk kedai , sebalik tiang...transaksi berlaku..
Malu jugak dia kat pelancong Malaysia kan  LOL
Pak Ali kata rasuah ni mmg dah sebati dgn masyarakat..so takleh lari la.. nak tak nak kena jugak bagi rasuah or else kan...
Org kat sini hidup susah, bayangkan tengah jalan pon ade orang jaga. Kat simpang lagi la..tugas depa senang je. Depang2 tangan sikit lepas tu hulur tangan mintak tips.. hek eleh kan?
Nak parking kat depan restoran pon depa ada mengawal, malam2 pon ade. tensen kalau aku yg drive.
++ Puncak ++
Menghampiri kawasan Puncak, nampak banyak hotel/guest house tepi2 jalan. Suasana pon dah mula nyaman...
Seriously picture can't do no justice (unless you're an expert photog laa) untuk gambarkan gunung-ganang dia.. Subhanallah amatlah cantik. Jalan berliku-liku bila tengok bawah terbentang la lembah hijau..
Romantic yg amat sgt....ahh...too bad sikit sgt gambar yg diambil. Aku taknak miss pemandangan yg indah depan mata ni..
Lepas tu ladang teh pulak...kiri kanan atas bawah. cerah bijik mata.. :ty
++ Masjid Atta'awun ++
Next stop berhenti solat di Masjid Atta'awun yg terletak di tengah ladang teh menghijau... Sekarang ni kira kawasan Puncak-Bogor la ni.
Keluar bas je terus diserbu pedagang asuhan... letak kasut di tempat jaga. ada la upah sikit.
I knew this is going to be something special..just by the look of it....
Masuk ke masjid ada mcm parit utk kita basahkan kaki... klasik gitu
As usual tempat wuduk open air LOL  tapi air dia.... ya allah sejuk gile! aku yg naik gila!
Boleh geletar laa air dia... terbayang air yg turun dr celah bukit, nyaman, tak tercemar huhuh
Lepas amik wuduk naik sembahyang...lepas tu duduk atas tembok sambil minum teh o. siap ada gerai air kat dlm tu. kita tuang air & bancuh sendiri la..
ada mcm anak sungai mengalir sebelah bangunan masjid. dah jadi tempat mandi-manda lak :-D
memang meriah la
The best view dari masjid tu...ambik gambar kenang-kenangan berlatar belakangkan papan tanda masjid & jam.. cantik sgt...
Boleh kata ini masjid paling istimewa pernah aku lawat...surrounding dia amatlah magical.. mcm dlm set penggambaran lak rasa... 8-)
aku snap2 sepuas hati... itu pun tak puas gak
Sebelah masjid tu ada kubur.. tulis di signboard Pahlawan Lingga Karya TNI Martadinata
Pak Ali ada cerita kisah sebenar dia....tapi aku dah lupa... kubur tentera rasanya...pilot helikopter terhempas...kat area situ gak...so aku gugel la balik nama tersebut..
http://id.wikipedia.org/wiki/R.E._Martadinata
"Laksamana Laut R. Edy Martadinata (lahir di Bandung, Jawa Barat, 29 Maret 1921 – wafat di Riung Gunung, Jawa Barat, 6 Oktober 1966 pada umur 45 tahun) atau yang lebih dikenal dengan nama R.E. Martadinata adalah tokoh ALRI dan pahlawan nasional Indonesia. Ia meninggal dunia akibat kecelakaan helikopter di Riung Gunung[1] dan dimakamkan di TMP Kalibata, Jakarta."
Alamak...bukan kubur la gamaknya..cuma bangkai helikopter yg terhempas tu je.. heehhe memandai je reka cita sendiri..
Sedih rasa nak tinggalkan Puncak Bogor...ada satu perasaan yg haunting gitu...mcm ada semangat yg mendesak-desak supaya stay a little longer...
Bas perlahan-lahan menuruni bukit..from now on dah takde naik2 bukit dah...turun je.. sign yg kita akan sampai ke bandar tak lama lagi..
Ok next stop seperti dalam agenda: Taman Safari Indonesia!